Kaunseling

Selasa, Oktober 13, 2009

Jurnal Harianku


8 Oktober 2009

Pagi tadi pergi menghadiri taklimat prosedur kemasukan ke IPTA 2010/2011 di Dewan Bestari, JPM. Kata pengarah datang kul 8.30 pagi, tak jadi sebab ada perhimpunan Jabatan. Dah tau ada perhimpunan dan dah biasapun kalau ada perhimpunan memang makan masa, tak payahlah buat aturcara bersama pengarah, teruskan sajalah dengan taklimat. Terasa terlalu banyak masa yang dibuang percuma. Geram jugak tapi itulah hakikatnya. Kita merancang, Tuhan yang menentukan, tapi takkan tiap kali nak salahkan takdir, kan Tuhan suruh kita usaha dan buat yang terbaik. janji kan wajib ditepati, dosa tau kalau mungkir janji. Hah sape nak tanggung tu.
Taklimat IPTA boleh tahanlah jugak, tapi taklimat Matrikulasi je yang rasa sungguh tidak memuaskan. Alangkah baik kalau yang beri taklimat tu orang dari KPM bahagian Matrikulsi sendiri. Guru-guru kaunseling Jasin dah resah. Dh kul 12.30 taklimat matrikulasi tak habis lagi. Kul 2 kena berkumpul di PPD Jasin, sebab ada kursus Kajian Tindakan di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Jadi sorang demi sorang keluar, tapi aku sempatlah tunggu hingga pegawai baru memperkenalkan diri. Kan cantik kalau masa tunggu pengarah yang tak kunjung tiba tadi buat sesi memperkenalkan diri dan taklimat ringkas tentang perkhidmatan kaunseling. Anyway, Tahniah En. Muhammad Zulhijri!!!!. Orang muda pastinya penuh idea dan bersemangat waja. Kami sedia memberikan kerjasama. Insya Allah.

Kul 3.15 bertolak ke KL. Tiba di Hotel City Villa kul 6.30, huhh jalan jam di Kuala Lumpur. Malamnya mula kul 8. Hebat guru kaunseling Jasin, tak tau penat dan letih, terus mula kursus lepas makan malam tu. Kagumnya aku dengan Pn Salwati dari SMK Seri Mahkota yang telah berkongsi pengalaman tentang membuat Kajian Tindakan. JU Kebangsaan tu. Dah pernah bentang hasil kajiannya hingga ke peringkat antarabangsa. Wa tabik lu Pn Salwati, yang penuh dedikasi sebagai guru chemistry. Bukan nak puji tapi itulah hakikat nak jadi guru sebenar guru. Sentiasa Muhasabah Diri dan Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Para Pelajar. Barulah kes pelajar ponteng kelas tak akan berlaku, sebab guru sentiasa mencuba pelbagai cara untuk membuat pengajaran menjadi menarik dan tidak membosankan. Kul 10.30 malam baru berhenti. Rasa macam tak puasje nak dengar lagi, termotivasi rasanya untuk buat kajian. Terimaksih Puan Salwati.

9 Oktober 2009
Turun sarapan kul 7 pagi. Ramai member dah mula sarapan. Kul 8.00 pagi masuk dewan kursus. Hazlin dah ada. Orang pertama tiba. Penuh semangat, syabas lin. Sambung slot Puan Salwati lagi, dia tunjuk contoh-contoh kajian tindakan yang pernah dibuat. Kata Puan Salwati, refleksi dibuat pada permulaan, semasa dan selepas kajian. Tajuk Kajian Tindakan mesti menyatakan masalahnya, tindakan atau ubatnya dan kumpulan sasarannya. Dah Faham. Insya Allah boleh buat. Lepas minum kul 10.30 pagi semua bersemangat memulakan kertas cadangan kajian tindakan. Kebanyakannya mendapatkan maklumat melalui soalan kaji selidik yang dah dibuat lebih awal di sekolah masing-masing. Kesian kumpulan yang tak cukup ahli, Kumpulan Zurinah, Rohana dan juga Kumpulan Tan Ai King. Dia orang buatlah sorang-sorangje. Takpe janji boleh tunjukkan hasil cadangan kajian yang nak dibuat nanti. Memang hebat Guru Kaunseling Jasin.
Kul 12.30 berhenti makan tengahari dan lepas tu guru lelaki pg sembahyang jumaat, yang perempuan jalan-jalan shopping. Kul; 3.30 petang sambung menaip lagi. Kul 4.30 berhenti, penyelaras bagi peluang gi shopping sebab esok dah nak balik.
Kul 8.00 malam ada jamuan hari raya. Kul 9.00 mula sambung menaip cadangan kajian tindakan. Dah kul 10.45 malam masih ada yang tak nak berhenti, dipaksa berhenti sebab pekerja hotel nak mengemas.

10 Oktober 2009
Kul 8 pagi, setiap kumpulan menyiapkan slide untuk sesi pembentangan.
Kul 10.30 pagi sesi pembentangan kertas cadangan kajian tindakan bermula. setiap kumpulan diberi masa 5 minit je untuk bentang apa yang telah diperolehi dari soal selidik yang dibuat. 9 tajuk yang dibentangkan ialah:-

1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar smk seri mahkota dan smk nyalas dengan kaedah agape love. 10.32 pagi – 10.38
2. Meningkatkan Sikap Mahu Bertanya Soalan Menggunakan Kaedah “SOSO” 10.39 – 10.44
3. Kaedah “DIR” Dalam Menangani Gejala Buli di SMK Jasin, SMK Jasin Dan SMK SDARY. 10.45 – 10.52
4. Kaedah LEMBAGA : Satu Kaedah Untuk Menangani Masalah Ponteng Kelas 10.53 – 10.59
5. Punca-Punca Masalah Pergaduhan Pelajar Sekolah Menengah 11.00 – 11.016
6. Mengatasi Masalah Vandalisme Melalui Kaedah Sekolahku Rumahku. 11.19 – 11.22
7. Menangani masalah bercinta melalui kaunseling kelompok. 11.23 – 11.30
8. “sayang anakku sayang – program khas mengurangkan pengambilan rokok di kalangan pelajar sekolah menengah menengah. 11.35 – 11.40
9. Mengatasi tabiat mencuri melalui kaedah NASA 11.43 – 11.48

Pengaruh Hasil Kajian Tindakan Puan Salwati yang bertajuk “Teknik COMEL”: Satu Kaedah Untuk Menguasai Sifat Kimia Sebatian Karbon, cukup terkesan.
Cuma Tajuk 5 macam bukan tajuk kajian tindakan je. takpelah baru belajar.
Tahniah !!!!!! semua Guru Kaunseling Jasin yang hadir.

2 Comments:

Blogger elynn.. said...

Bagus...bagus...laporan yang lengkap.....boleh printa hantar...heheheh

12:03 PTG  
Blogger Normah said...

Anak itik tertelan kayu,
TQ

5:57 PTG  

Catat Ulasan

<< Home